Selasa, 15 Julai 2008

Yeh!

makanan serantau

Murid-murid darjah 3 mempelajari makanan dari tiga buah negara:
1) sushi - Jepun
2) kebab - Turki dan
3) pasta - Itali

Isnin, 14 Julai 2008

Dikir barat Barney versi Melayu

Di sini, ingin saya berkongsi video persembahan dikir barat oleh para pelajar darjah 4 saya!


Terhibur? Hehe! Saya berasa kagum akan keinginan dan keghairahan yang ditunjukkan mereka ketika menghasilkan persembahan dikir barat tersebut. Meskipun persembahan itu amat ringkas dan tiada penonton yang menyaksikannya, saya bangga dan gembira kerana mereka sekurang-kurangnya telah didedahkan kepada salah satu seni Melayu yang masih relevan hingga ke hari ini.

Saya pasti bahawa menerusi aktiviti ini, para pelajar saya dapat mempelajari sesuatu. Oleh itu, para pelajar darjah 4 Cikgu, ayuh, berkongsilah pengalaman kamu kepada semua! Kamu boleh berkongsi tentang
1) perasaan kamu sewaktu dan sesudah menjayakan persembahan tersebut
2) apakah yang kamu pelajari daripada persembahan itu!

Sampai bertemu lagi...=)

Selasa, 8 Julai 2008

Laguku...

Hai semua,

Seperti yang kamu semua tahu, saya amat gemar mendengar muzik, terutama sekali lagu-lagu yang berunsur rok ('puteri batu'!)! Tanpa muzik, seolah-olah saya berasa sangat sunyi. Muzik dapat menghiburkan saya jikalau saya berasa sunyi dan bosan.

Buat masa ini, saya mendengar lagu-lagu Inggeris. Namun demikian, ini tidak bermakna saya tidak mendengar lagu Melayu. Banyak lagu Melayu yang hebat-hebat dan sedap didengar. Tahukah kamu, ada lagu yang bertajuk 'Zakiah' dan dinyanyikan oleh kumpulan Sweet Charity? Hehe!=)

Adakah kamu juga gemar mendengar muzik seperti saya? Apa pula lagu kegemaran kamu? Siapa yang menyanyikannya? Mengapa kamu suka akan lagu itu? Ayuh, kongsilah bersama...!


Ini lagu 'Zakiah' tetapi dinyanyikan semula oleh Hattan:

Selamat Datang!

Hari ini, saya menghadiri kelas belajar menghasilkan blog. Dengan kemahiran yang baru dibelajar, insya'ALLAH akan digunakan dalam pengajaran saya.

Di bengkel ini, saya berpeluang untuk bertemu dengan Cikgu Haslina (dia lagi! =)) dan Cikgu Fardilah, rakan-rakan sewaktu di NIE.

Sungguh menyeronokkan, dan yang lebih menggembirakan, hari ini tiada bola jaring!